Saturday, November 6, 2010

oh..izinkan aku bercerita tentang perasaan ini...




Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!





Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak. Sebab itulah aku mengambil masa yang lama untuk cuba mencari balik perasaan untuk bercinta. Berulang kali aku cuba, memujuk hati untuk lupakan semua kenangan. Tapi...Rasa itu masih sama. Masih kuat. Semakin aku cuba untuk pergi jauh, semakin dekat perasaan tu mengejar aku.



Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai. Dan Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.



Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan. Ya Allah...kau bimbinglah aku ke jalan yang benar..jika dia tercipta buatku, kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerimanya..kau bukakanlah pintu hati aku aku untuk merasai cinta yang baru...



"adakah seseorang yang akan melepaskan aku dari kesepian ini"

1 comment: