Tuesday, November 16, 2010

oh RAYA...

arghhh...sangat pening hari ni...banyaknya daging aku makan...tp memang terbaik la nasi tomato mak aku...cicah bersama daging rebus ngan air asam...peehhhhhhh....!mmg terangkat abes..gemuk la macam ni...ermm...hepi sangat hari ni..berjalan bersama NUR ASMIDAR ABDUL GHANI jenjalan beraya umah kawan-kawan dia..sehari hepi...yang sedeynyer,aku x baca buku lagi..huargghhhh..macam mana nak final ni...x da langsung mood nak study..tp mood nak facebook ngan blog ada lak..hehe... here's i upload some of my photo..enjoy~





ini la keja kiteorang hari ini..amek gmbr je keja..hehe~

Monday, November 15, 2010

oh TALAM...


"agak-agak muka orang talam dua muka macam ni ke ha??opsss...takutnyer!!"


Ini talam bukan sebarang talam..bukan kuih talam yang korang makan tu..dan bukan nama dia talam bin sekian-sekian. Ini talam tarak elok punya talam. Kalau tanya sama itu Samy Vellu pun, dia tarak tau sapa. Ini talam bukan untuk makan punya talam atau untuk bawak ayaq minuman. Ini talam sangat bahaya wooOOOOo.Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Pasai aku kata merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Jenaih yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari. Manusia talam dua muka ini sebenaqnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.Talam muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas...

oh aku JAHAT..so?ada aku kesah???!!!



"LU BIKIN HATI GUA PANASSSS.....SELAMA NI PENAH KE GUA KACAU HIDUP LU BABE??X DA LAK KAN GUA NAK PEGI RAMPAS BF LU KER,KUTUK-KUTUK RAMBUT LU KER,KUTUK2 BAJU LU KER,KUTUK LU BAWAK TOYOL LAM PEKSA KER,KUTUK LU CURANG KER???EH BYK LAK KEJA GUA NAK KUTUK LU...HAISSSHHH...MMG PANASSSS!"



adoyai...nape la kena ada orang yang macam tu dalam dunia ni ha??menjaga tepi kain orang lain,menjaja sana-sini kononnya kain org lain tu tekoyak..tapi dalam masa yang sama dia x sedar yang dia bejalan satu kampung menjaja cerita orang dengan memakai kain yang koyak rabak!peehhhh...sungguh tidak boleh diterima..tak payah depan baik,belakang cam hareemm...kemain kau kan depan bley gelak2,tapi belakang siap becerita keburukan orang lain...tak kesah la kau nak ada bf yang kononnya very2 caring ngan ko pn..just go on life ko ngan pakwe ko dah la...aku rase la kan, dia ni x da topik menarik kot nak sembang ngan pakwe dia...so dia create la cite lama2 untok dijadikan bahan bualan dia ngan bf dia...very interesting...!common la babe!!umur da 22,muka cantik mcm lecterur...so fikir la matang sikit...x payah buka cite lama dlm hubungan baru ngan bf ko tu..ape-ape pon aku sayang dekat eira ngan nadia...macam mana orang dok mengata pasal kteorang, yang penting kita je yang tau mane betul dan yang mana salah...
mintak kepada semua yang membaca entri ni, jgnlah jadi seperti dia...jagalah diri sendiri sebelum nak menjaga hal orang lain...



"gua tak ada kawan macam lu pon gua tak heran la mangkuk!ada gua kesah??lu boleh belah la!"----> same tak muka beby ni mcm ayat aku tu..hahahah!

Tuesday, November 9, 2010

oh..antara CINTA...SAYANG..SUKA..MINAT..



CINTA??SAYANG??SUKA??MINAT? mana satu kategori anda??kadang-kadang kita sendiri tak pasti dengan perasaan kita..so, meh la kte cuba fikirkan betul ke tak perbezaan ni...



Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)



Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)



Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya usus kita dah nak pecah…)



Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…Renung-renungkan..dan selamat beramal..hehe (^_~)



"The more i think, the more confused i get"

Saturday, November 6, 2010

oh..izinkan aku bercerita tentang perasaan ini...




Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!





Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak. Sebab itulah aku mengambil masa yang lama untuk cuba mencari balik perasaan untuk bercinta. Berulang kali aku cuba, memujuk hati untuk lupakan semua kenangan. Tapi...Rasa itu masih sama. Masih kuat. Semakin aku cuba untuk pergi jauh, semakin dekat perasaan tu mengejar aku.



Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai. Dan Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.



Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan. Ya Allah...kau bimbinglah aku ke jalan yang benar..jika dia tercipta buatku, kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerimanya..kau bukakanlah pintu hati aku aku untuk merasai cinta yang baru...



"adakah seseorang yang akan melepaskan aku dari kesepian ini"

oh...yang ku tahu cinta itu indah...


Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.


Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..


Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..




Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..




Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....Hidup menjadi sepi...


Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......???pasti menjadi sepi lepas ditinggalkan orang yang tersayang bukan??

oh...cinta tak semestinya memiliki...

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit..pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…Selalunya cinta yang kita berikan seadanyaTakkan pernah bertepuk sebelah tangan..







Monday, November 1, 2010

oh..aku menangis kerana kalian..

1/11/2010...


hari ni aku nangis!!wooo...da lame babe x nanges..patut la mata asyik berkejip je satu hari ni...bile da lama x nanges, sakit pale gile pas nanges..mula tu sebab bace post nad kt wall aku...tros nanges pas bace tu..pastu aku tepiki...pelik...sbb mane la nad tau aku ada update blog aku..rupanya si iera yang gitau nad soh bace blog kteorang...dan sepantas yg mungkin aku buka bace blog iera lak..thanxx sayang sebab sudi membaca blog aku...dan thanxx jugak sbb mengupdatekan cite pasal kite dekat blog ko...hehe...


disebabkan korang aku kuat..
disebabkan korang aku pedulikan ape yang orang cakap pasal aku...
disebabkan korang aku hidup dengan cara aku...
dan disebabkan korang jugalah aku tetap jadi diri aku...

thanxx for everything...

"kawan sampai mati"