Tuesday, April 26, 2011

Oh Bila cinta itu pergi, kalah itu bukan sesekali....


Bila kita sakit, kita tahu Tuhan sayang kita. Bila kita sunyi, kita tahu ada orang masih ingat akan kita dan bila kita rindu, kita tahu bahawa bayu lembut itu menyapa erat bagai memeluk diri kita.

Kita bukan sesiapa, sekiranya kita buang segala harga diri semata-mata mahukan sesuatu yang terpaksa kita gadaikan dengan maruah,kasih sayang dan simpati. dan aku juga bukan sesiapa bagi dia...selama ni aku saja yang terhegeh menagih cinta dia...sedangkan dia???

Letting go is so hard, tapi kita harus benarkan perasaan itu pergi. Ia akan merantai diri kita dan kita harus buang rantai yang punya pegangan kuat pada minda dan jiwa dan cuba membenarkan ia pergi. Perasaan terluka itu pergi.

Pada satu hakikat dalam kehidupan, kita hanya seorang tetamu dalam sejuta harapan. Kita tiada upaya untuk mempertahankan sekiranya apa yang cuba kita pertahankan itu ialah sebuah angan kosong dan sebuah kekuatan.

Kita mahu punya kekuatan untuk menempuh apa pun kalah menang yang datang.

memang sukar untuk bangun dan menghadapi hari baru. Bagi aku, kekalahan dalam setiap perhubungan itu bagaikan putus sebuah nyawa dalam badan. Tapi apa pun,aku harus berdiri kerana aku benarkan yakin menguasai diri.

Biarlah diri aku di tinggalkan, hati aku dilukai dan malam aku di kelam sunyi dengan tangis dalam hati. Biarkan. Benarkan kesedihan itu dibawa arus sedih yang bertamu dalam kabus dingin.

Kita tidak pernah kalah, hanya kerana tidak punya takdir yang indah. Suatu hari yang manis akan tetap menjadi milik kita. Kita tiada punya satu pun cagaran rugi, biar betapa kuat kita cuba mengemis kasih dan bertanya padanya mengapa ianya menjadi begini.

Bangun dan mendongak tinggi, sambil cuba menapak sebuah lagi harapan. Dalam setiap bayang kehidupan ini, suram dan malang adalah satu catatan dalam sejuta cabaran.

Aku mahu menang, walau aku kalah dalam separuh juang. Kalah itu ialah ubat untuk mengenal dewasa. Kalah itu akan buatkan kita belajar akan semangat kental didalam jiwa.

Aku titip entri ini, buatkan tiup semangat ini dalam diri. Kita harus tahu, walau bagaimana teruk dugaan atas kehidupan ini, kita tetap masih boleh melangkah dan tersenyum di hujung hari. Tiada rugi kita, biar pun teruk dugaan yang melanda. Aku mesti yakin untuk bangun semula...kerana aku yakin...
Bila cinta itu pergi, kalah itu bukan sesekali....



No comments:

Post a Comment