Sunday, June 19, 2011

oh bila agaknya giliran kita??


Mungkin keadaan nie pernah anda hadapi..
suatu hari..hati sepi..hadapi kehidupan dengan tenang..
tiba2 kte dapat kad jemputan pkahwinan dr seorang teman..

reaksi pertama..senyum..rase bsyukur kerana teman kte tlah temui jodoh..
dalam sesaat hati tersentuh..senyum jd hambar..kte nilai diri kte.. "aku bila lagi???"
sungguh psoalan itu mduga diri kte..tkadang sudah jemu dgn stp ptanyaan mak..ayah..saudara..kawan2..
sungguh..kte tdk ingin k'adaan nie..kte pun ingin spt org lain..hidup bteman..hidup bahagia..punyai keluarga..anak2 yg comel.. :)

Sabar sahabat,
Tiga pkara sudah di janjikan ALLAH SWT yg ttulis di Lohmahfuz ats ksemua umat manusia..rezeki, jodoh dan ajal..pjanjian nie tdk sdetik pun lewat apabila tb masanya..usahkan ribut, taufan skali pun tdk akn boleh mnganjak janji nie..apa yg boleh kte lakukkn..hanya doa sbg pena utk mcoret kpd kisah pengakhir janji Tuhan.Tiadalah daya kte mpersoalkan apa yg d atur oleh_Nya yg Maha Berkuasa ke atas stp ssuatu..
Sahabat, kte ddatangkn sbg selemah-lemah kejadian dgn sberat-berat tanggungan..

"Dia Maha Mendengar dan Dia lbh tahu apa yg kte prl drpd apa yg kte mahu..Biar sdalam mana pun luka yg tertoreh, bdoalh krn ALLAH SWT Maha Memahami hati hamba__Nya"

- Salam Kebahagiaan Sahabat, Giliran Kte Pasti Akan Tiba Jua - Insya_ALLAH..






Tuesday, April 26, 2011

Oh Bila cinta itu pergi, kalah itu bukan sesekali....


Bila kita sakit, kita tahu Tuhan sayang kita. Bila kita sunyi, kita tahu ada orang masih ingat akan kita dan bila kita rindu, kita tahu bahawa bayu lembut itu menyapa erat bagai memeluk diri kita.

Kita bukan sesiapa, sekiranya kita buang segala harga diri semata-mata mahukan sesuatu yang terpaksa kita gadaikan dengan maruah,kasih sayang dan simpati. dan aku juga bukan sesiapa bagi dia...selama ni aku saja yang terhegeh menagih cinta dia...sedangkan dia???

Letting go is so hard, tapi kita harus benarkan perasaan itu pergi. Ia akan merantai diri kita dan kita harus buang rantai yang punya pegangan kuat pada minda dan jiwa dan cuba membenarkan ia pergi. Perasaan terluka itu pergi.

Pada satu hakikat dalam kehidupan, kita hanya seorang tetamu dalam sejuta harapan. Kita tiada upaya untuk mempertahankan sekiranya apa yang cuba kita pertahankan itu ialah sebuah angan kosong dan sebuah kekuatan.

Kita mahu punya kekuatan untuk menempuh apa pun kalah menang yang datang.

memang sukar untuk bangun dan menghadapi hari baru. Bagi aku, kekalahan dalam setiap perhubungan itu bagaikan putus sebuah nyawa dalam badan. Tapi apa pun,aku harus berdiri kerana aku benarkan yakin menguasai diri.

Biarlah diri aku di tinggalkan, hati aku dilukai dan malam aku di kelam sunyi dengan tangis dalam hati. Biarkan. Benarkan kesedihan itu dibawa arus sedih yang bertamu dalam kabus dingin.

Kita tidak pernah kalah, hanya kerana tidak punya takdir yang indah. Suatu hari yang manis akan tetap menjadi milik kita. Kita tiada punya satu pun cagaran rugi, biar betapa kuat kita cuba mengemis kasih dan bertanya padanya mengapa ianya menjadi begini.

Bangun dan mendongak tinggi, sambil cuba menapak sebuah lagi harapan. Dalam setiap bayang kehidupan ini, suram dan malang adalah satu catatan dalam sejuta cabaran.

Aku mahu menang, walau aku kalah dalam separuh juang. Kalah itu ialah ubat untuk mengenal dewasa. Kalah itu akan buatkan kita belajar akan semangat kental didalam jiwa.

Aku titip entri ini, buatkan tiup semangat ini dalam diri. Kita harus tahu, walau bagaimana teruk dugaan atas kehidupan ini, kita tetap masih boleh melangkah dan tersenyum di hujung hari. Tiada rugi kita, biar pun teruk dugaan yang melanda. Aku mesti yakin untuk bangun semula...kerana aku yakin...
Bila cinta itu pergi, kalah itu bukan sesekali....



Friday, April 8, 2011

oh berubahlah sayang...


hanya satu yang ku pinta perubahan dari dirimu
yang ku ingin engkau jadi seseorang yang ku cinta
mengertilah kepadaku ku tak mau diriku terluka
di mataku yang ku ingin ku melihat perubahan
berubahlah kau untukku selamanya ku menunggu

janganlah mencoba membagi cintaku hanya aku kekasihmu
biarkan cintaku bersemi di hatimu bagai bulan yang bersinar

hanya ku yang pernah mencoba akan semua sifat burukmu
mungkin esok kita kan mencoba merubah

berubahlah kau untukku ku tak mau diriku terluka
berubahlah kau untukku ku tak mau diriku terluka

janganlah mencoba membagi cintaku hanya aku kekasihmu
biarkan cintaku bersemi di hatimu bagai bulan yang bersinar

hanya ku yang pernah mencoba akan semua sifat burukmu
mungkin esok kita kan mencoba merubah
hanya ku yang pernah mencoba akan semua sifat burukmu
mungkin esok kita kan mencoba merubah