Saturday, November 6, 2010

oh..izinkan aku bercerita tentang perasaan ini...




Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!





Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak. Sebab itulah aku mengambil masa yang lama untuk cuba mencari balik perasaan untuk bercinta. Berulang kali aku cuba, memujuk hati untuk lupakan semua kenangan. Tapi...Rasa itu masih sama. Masih kuat. Semakin aku cuba untuk pergi jauh, semakin dekat perasaan tu mengejar aku.



Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai. Dan Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.



Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan. Ya Allah...kau bimbinglah aku ke jalan yang benar..jika dia tercipta buatku, kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerimanya..kau bukakanlah pintu hati aku aku untuk merasai cinta yang baru...



"adakah seseorang yang akan melepaskan aku dari kesepian ini"

oh...yang ku tahu cinta itu indah...


Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.


Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..


Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..




Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..




Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....Hidup menjadi sepi...


Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......???pasti menjadi sepi lepas ditinggalkan orang yang tersayang bukan??

oh...cinta tak semestinya memiliki...

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit..pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…Selalunya cinta yang kita berikan seadanyaTakkan pernah bertepuk sebelah tangan..







Monday, November 1, 2010

oh..aku menangis kerana kalian..

1/11/2010...


hari ni aku nangis!!wooo...da lame babe x nanges..patut la mata asyik berkejip je satu hari ni...bile da lama x nanges, sakit pale gile pas nanges..mula tu sebab bace post nad kt wall aku...tros nanges pas bace tu..pastu aku tepiki...pelik...sbb mane la nad tau aku ada update blog aku..rupanya si iera yang gitau nad soh bace blog kteorang...dan sepantas yg mungkin aku buka bace blog iera lak..thanxx sayang sebab sudi membaca blog aku...dan thanxx jugak sbb mengupdatekan cite pasal kite dekat blog ko...hehe...


disebabkan korang aku kuat..
disebabkan korang aku pedulikan ape yang orang cakap pasal aku...
disebabkan korang aku hidup dengan cara aku...
dan disebabkan korang jugalah aku tetap jadi diri aku...

thanxx for everything...

"kawan sampai mati"

Sunday, October 31, 2010

oh i miss u my sayang...

da lame rasanya jari-jari ni tak exercise untuk update blog aku ni....

biasa la..bila x da masalah, blog ni sure dilupakan...

bila dah ada masalah baru la nak tehegeh cari blog ni taip luahan perasaan yang tak ada sape paham...

i miss you la sayang...nad!!iera!!i really miss u...aku x penah ada kawan macam korang...yang selalu ada saat susah senang aku...walaupon mulut sorang2 mcm 'harem' tapi kte stick together kan??

biar lah ape orang cakap pasal kite, kite tetap bersama...

korang x penah tinggal aku..study pon same...melainkan tinggal aku time korang ngan bf korang ja la dl..huh!...tapi aku tetap rasa korang dekat ngan aku walau mcm mana pon...i really miss that moment...

i need u all...=(

dan seperti biasa aku menjalankan hidup sebagai seorang student..demi menghabiskan sisa-sisa degree aku kt sini...pejam celik dah masuk 4 bulan aku kat sini..dan x lama lagi final dah...

life sebagai student banyak mengajar aku...banyak mengajar aku untuk manage time aku dengan lebih baik...tak sabar nak cuti sem!!nak pegi jumpa kesayangan aku!!nad and iera!!tunggu aku abeh final ni k...kte pegi "mabuk-mabuk" macam dl lg..

"hadapi dengan senyuman walau apa pun dugaan yang melanda (^____^) "

Saturday, August 28, 2010

♥ oH kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥


"memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tidak dihargai oleh insan yang bernama kekasih...apatah lagi kita dibuang begitu sahaja..tapi, aku yakin itulah petanda terbaik untuk diri aku untuk masa akan datang....


  • mmg ALLAH sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya apabila kita betemu jodoh kita yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA...
  • mmg ALLAH sengaja menemukan kita dengan org yg slh supaya kita dpt menjaid penilai yang lebih baik..
  • mmg ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertilongan ALLAH..
  • mmg ALLAH sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya kita DAPAT KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
  • mmg ALLAH sengaja menemukan kita dengan org yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH ITU MAHA PEMURAH, MAHA PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita pada masa depan...
  • mmg ALLAH sengaja menemukan kita dengan org yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya...
  • mmg ALLAH sengaja menemukan kita dengan org yg slh supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya...
  • mmg ALLAH sengaja kita dengan org yg slh supaya kita lebih paham CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA PADA ALLAH...


aku menanti hari ini, esok, lusa atau bila-bila sahaja akan hadir sinar yang sudah tertulis untukku...

Friday, August 20, 2010

♥ oH say no more to the PAST...♥


"THEY SAY PAST IS PAST..

WE NEED TO MOVE ON TO SEE THE FUTURE..

BUT HOW CAN WE MOVE ON...

WHEN OUR PAST IS THE ONLY THING WE EVER WANTED IN THE FUTURE???"


bila aku baca ayat ni, hati aku mengiyakan semua yang aku baca...tp??perlu ker ntok ingt smua ni??


seribu satu kesalahan dilakukan, aku tetap memaafkan dan cuba membutakan mata walau kadang kala semua terjadi di depan mata aku sendiri...biar remuk redam hati ni, tapi sanggup bertahan cinta yang mendalam...


tapi sampai bila???sampai bila harus aku jadi mcm ni??sentiasa teringat kisah suka dan duka antara aku dan dia...


aku ingat lagi...time aku sakit...adakalanya aku inginkan sms or call yang mengambil berat tentang kesihatan aku.. cukuplah sekadar beberapa patah kata berbunyi " Awak dah sihat???"..

tetapi yang aku terima makian sbb aku memberikan alasan demam sebagai tidak melayaninya..sampai kadang kala aku dapat ayat yang berbunyi " Dah nk mati sgt ke sampai tak boleh nak msg??"..Dan aku hanya mampu tersenyum membacanya..itu dulu..sekarang mungkin tidak lagi...


dan bila direnung kembali, ada baiknya Allah menetapkan segala yang terjadi ke atas diri kta.. mungkin DIA nk temukan kita dengan yang lebih baik...so, kesimpulan yang dapat aku buat, say no more to the PAST!!

"SOMETIMES YOU JUST HAVE TO HOLD YOUR HEAD UP HIGH, BLINK AWAY THE TEARS AND SAY GOOD BYE"